15 April 2026

BANYAK KALI HUBUNGI & MESEJ TAPI GAGAL - ABIEJAM DAKWA AZAR AZMI MASIH BELUM LUNASKAN HUT4NG RM15,000 SEJAK 6 TAHUN LALU



"Dulu saya pernah bantu Azar waktu dia susah, jadi kami berikan barang untuk memulakan perniagaan tapi bila sudah dapat duit dan barang tu hilang macam tu saja pada lima tahun sebelum ini.

"Memang lama saya diam, tapi sampai sekarang tiada sebarang respon. Ini bukan nak tumpang populariti, ini soal hut@ng. Saya cuba hubungi banyak kali tapi tak berjawab, malah mesej pun tak dibal@s."

Itulah jelas abang kepada pemp£ngaruh Siti Jamumall iaitu Abiejam, di mana dia mendakwa pelakon Azar Azmi masih belum melunaskan hut@ng berjumlah RM15,000 sejak enam tahun lalu.

Klik untuk gambar besar

Kata Abiejam atau nama sebenarnnya, Mohd Khairul Nizam Wahiddin, wang tersebut diberikan sebagai bantuan untuk Azar memulakan perniagaan, termasuk menyediakan barangan dan sokongan siaran langsung di media sosial.

Dalam pada itu, menurutnya lagi, pelakon itu didakwa menghilangkan diri selepas menerima bantuan, malah dia juga gagal dihubungi sehingga kini.
T£gas Abiejam, dia mempunyai bukti lengkap dan bersedia berdepan tindakan undang-undang sekiranya kenyataannya itu tidak benar.

Malah, Abiejam berkata, dia juga masih terbuka untuk menyelesaikan perkara terbabit secara baik, namun mahu Azar tampil berjumpa terlebih dahulu.

Terdahulu, dalam satu siaran langsung menerusi aplikasi TikT0k, Azar Azmi mengalirkan air mata apabila menerima bantuan wang tunai RM40,000 daripada usahawan sens@si, Datuk Aliff Syukri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: