15 April 2026

KINI KEMBALI BERLAKON SELEPAS 18 TAHUN MENYEPI - BAIZURA KAHAR AKUI TIDAK MENY£SAL, SELESA KERJA BELAKANG TABIR



"Saya berhenti berlakon dahulu bukan disebabkan berkahwin, tetapi sebenarnya sudah habis belajar. Kemudian, saya buat keputusan hendak terus bekerja dan memasuki bidang pengiklanan serta komunikasi korp0rat.

"Bidang kerja ketika itu pula seiring dengan pendidikan saya yang memiliki Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Ijazah Seni Persembahan di Universiti Malaya (UM).

"Namun, akhirnya jiwa saya lebih ke arah menulis skrip dan bertahan sampai sekarang. Cuma, pada awal tahun ini saya mula mendapat tawaran berlakon dalam drama 'Keluarga Iskandar 3' untuk watak Dr Sofea.

"Apabila pengarah, Wan Hazliza Wan Zainuddin bertanya sama ada saya hendak berlakon semula, apabila difikirkan minat itu masih ada dan anak-anak pun sekarang sudah besar. Jadi, saya terima."

Klik untuk gambar besar

Demikian kata pelakon Baizura Kahar, 44, di mana dia tetap aktif dalam kerjaya seni tetapi lebih banyak bergerak di belakang tabir sebagai penulis skrip selepas 18 tahun menyepi daripada bidang lakonan sebelum ini.

Baizura atau nama sebenarnya, Nurbaizura Ahmad Kahar, bagaimanapun berkata, dia tidak pernah berasa k£sal meninggalkan lakonan begitu lama kerana berakhir dengan pencapaian yang baik menerusi filem 'Sepi' apabila pernah meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2008 untuk watak Imaan.

Tidak menduga hingga kini dia masih dikenali peminat, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata, dia sebenarnya lebih dahulu berbincang dengan anak-anak mengenai tawaran berlakon dan watak sebelum bersetuju menerima kerana menghormati keputusan cahaya matanya itu.

"Alhamdulillah, tiga anak saya yang berusia 15, 12 dan 9 tahun boleh terima pembabitan saya berlakon semula. Jadi, apa yang saya buat sekarang ini atas izin mereka kerana memang fikir anak-anak.
"Penting untuk saya tahu, perasaan anak-anak terhadap watak yang akan saya lakonkan. Jadi, kalau anak kata okey, barulah saya pertimbangkan untuk terima tawaran berlakon seterusnya.

"Saya akan pastikan duduk bersama anak-anak dan berbincang. Apabila mereka okey dan tidak kisah, bagi saya ia pandangan yang baik kerana biar mereka tahu serta boleh terima," tuturnya yang kini terbabit dalam naskhah telefilem, 'Isteri Ke-2', dimana ia turut dibintangi bersama Zahiril Adzim dan Azira Shafinaz.

Berbicara mengenai 'Isteri Ke-2', Baizura memaklumkan, dia sangat teruja untuk watak Maya yang dilakonkan walaupun sangat gem£ntar kerana ada banyak babak dan perlu bermain em0si.

Tuturnya lagi, memandangkan sudah lama tidak berlakon, maka dia sangat berhati-hati untuk memastikan lakonan dipersembahkan menjadi mengikut kehendak watak serta serasi berganding dengan rakan pelakon lain.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: