"Saya sebenarnya baharu keluar dari hospital. Kalau boleh saya nak minta jaminan dikurangkan kerana saya perlu menggunakan duit untuk buat ekokardi0gram dan angi0gram.
"Saya dah tanya hospital, kos untuk pros£dur tersebut antara RM9,000 ke RM10,000. Saya juga perlu duit untuk perbelanjaan anak-anak kerana tiada siapa yang tanggung."
Itulah tutur suami kepada pelakon Azar Azmi iaitu Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, di mana dia memohon pertimbangan mahkamah untuk mengurangkan wang jaminan sebanyak RM25,000 yang dikenakan terhadapnya sebelum ini.
Kata Mohd Apri Hazreen, permohonan itu dibuat kerana memerlukan wang bagi menjalani rawatan kesihatan dan menanggung anak-anak.
Difahamkan, tertuduh hadir ke mahkamah hari ini dengan keadaan sebelah kaki yang terhincut-hincut dan memaklumkan baru keluar dari hospital dan menjalani pemb£dahan peny@kit g0ut
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal memohon mahkamah mengekalkan jumlah jaminan tersebut kerana k£s dilakukan merupakan jen@yah kom£rsial yang s£rius.
Malah, sehingga kini tiada sebarang bukti dikemukakan oleh tertuduh berkenaan s@kit atau rawatan yang diperlukan oleh tertuduh bagi menyokong alasan yang diberikan.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM21,000 dengan mengekalkan syarat-syarat tambahan ditetapkan sebelum ini dan sebutan ditetapkan 20 Mei depan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment