Pada 30 April ini, penyanyi yang juga vokalis kumpulan Exists iaitu Ezad Lazim, 46, bakal berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Haji pada tahun ini bersama isterinya, Zeana Ramli.
Dalam pada itu, Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim, meluahkan rasa syukur apabila menjadi antara yang terpilih, selain turut memaklumkan, dia dan isteri akan berada di sana selama 45 hari.
"Doakan segalanya dipermudahkan. Saya ada sedikit rasa risau sebab tidak pernah pergi, jadi saya banyak bertanya pada Along (Exists) dan Shah (Slam) yang sudah berpengalaman. Balik dari sana nanti, kami akan terus fokus pada konsert dan rakaman lagu," tuturnya.
Klik untuk gambar besar Namun ujar Ezad, biarpun teruja, dia mengakui berat hati memikirkan dua anaknya, Puteri Rania Keisha, 13, dan Putra Muhammad Darwish, 11, yang akan ditinggalkan dalam tempoh yang lama.
Berhubung itu, Ezad kini sedang mengatur urusan penjagaan anak-anaknya dengan bantuan ahli keluarga terdekat serta pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah.
"Alhamdulillah, kami baru mendapat pembantu rumah baharu selepas pembantu lama pulang ke Indonesia dan tidak kembali semula. Kami harap dia okey kerana dia yang akan paling banyak menghabiskan masa dengan anak-anak. "Ibu mentua saya juga ada menyatakan hasrat untuk menjenguk anak-anak, namun saya tidak mahu memb£bankannya kerana beliau baru saja menjalani pemb£dahan akib@t kans£r," jelasnya.
Menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT, Ezad berharap anak-anaknya yang masih bersekolah dapat menjaga diri dengan baik sepanjang ketiadaan mereka.
Dalam perkembangan lain, Ezad dan Exists bakal menjayakan Konsert 30 Tahun Dan Selamanya Exists Memento Mori di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 1 Ogos depan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment