24 April 2026

BELUM PULIH SEPENUHYA - USTAZ KAZIM ELIAS MASIH BELUM MULA SEBARANG CERAMAH SEJAK KELUAR DARI HOSPITAL



"Perlu saya jelaskan keadaan beliau (Ustaz Kazim Elias) kini masih belum pulih sepenuhnya, masih dalam keadaan lemah dan beliau masih belum memulakan sebarang ceramah setelah keluar dari hospital tempoh hari. 

"Kami pihak keluarga memang tidak menggalakkan beliau menerima jemputan sebarang ceramah dalam waktu pemulihan ini. Biarlah dia betul-betul pulih."

Itulah tulis abang kepada pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias menerusi hantaran di Facebook iaitu Datuk Mohd Najmuddin Elias, di mana dia berkongsi status kesihatan adiknya itu yang masih belum pulih sepenuhnya.

Najmuddin menerusi hantaran di Facebook, menjelaskan, Ustaz Kazim kini berada dalam keadaan lemah dan masih belum memulakan sebarang aktiviti ceramah sejak dibenarkan keluar dari hospital, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar

Menurut Najmuddin lagi, penjelasan itu dibuat bagi menjawab kegus@ran netizen yang melihat kelibat adiknya itu dalam sesi siaran langsung (live) di Facebook miliknya.

Disamping itu, mengulas mengenai kemunculan Ustaz Kazim dalam sesi siaran langsung tempoh hari, Najmuddin berkata, adiknya itu perlu menyampaikan sedikit taklimat kepada pelawat dari sebuah jabatan penting dari Putrajaya.

"Beliau yang dilihat dalam keadaan lemah dan menahan s@kit terpaksa menyampaikan sedikit taklimat kepada pelawat dari sebuah jabatan penting dari Putrajaya. Bukan ceramah pun.

"Semoga penerangan ini memberi sedikit penjelasan kepada mereka yang tertanya-tanya keadaan beliau. 
"Saya menjangkakan ambil masa juga untuk beliau kembali aktif seperti sebelum ini. Teruskan berdoa. Terima kasih," tulisnya lagi.

Terdahulu, Ustaz Kazim dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ Ipoh, untuk menerima rawatan memasang belon pada saluran dar@h.

Perkara berkenaan dikongsikan di Facebook beliau dengan hantaran klip video yang memohon doa daripada orang ramai.

Dalam pada itu, Najmuddin menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, pendakwah itu berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang ke rumah beberapa hari lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: