01 April 2026

BAKAL NIKAH TAHUN INI - SYED SADDIQ SERAHKAN PERANCANGAN PERKAHWINAN KEPADA BELLA ASTILLAH : "PROSES ITU TIDAK PENTING KERANA KITA MAHU LIHAT PENGAKHIRANNYA"



"Bab perancangan perkahwinan ini saya serahkan kepada Bella kerana dia lebih mahir. Apa yang menggembirakan dia, saya turuti sahaja. Proses perkahwinan itu tidak penting kerana kita mahu lihat pengakhirannya (hidup sebagai suami isteri) lebih penting. Insya-Allah kami akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini."
Itulah kata ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, di mana dia menyerahkan sepenuhnya perancangan majlis perkahwinan kepada tunangnya, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, 32, demi memastikan hari bahagia mereka berlangsung seperti diimpikan.

Tutur Syed Saddiq, dia lebih mengutamakan kehidupan selepas bergelar suami isteri dan kerana itu, dia tidak terlalu memikirkan soal persiapan majlis perkahwinan yang dijangka akan dilangsungkan pada tahun ini.

Jelasnya lagi, fokus utama adalah kepada masa depan termasuk pendidikan anak-anak Bella, selain menyediakan pel@buran jangka panjang menerusi simpanan SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) dan Tabung Haji.

Disamping itu, ditanya pula mengenai hantaran pertunangan yang diberikan kepada Bella, Syed Saddiq berkata, ia mempunyai makna tersendiri.

Klik untuk gambar besar 
"Saya suka merancang untuk masa depan dan tidak suka membazir, sebab itu kelima-lima hantaran itu ada sebab tersendiri. Cincin tunang bukan sekadar adat tetapi sebagai simbol ikatan.

"Simpanan untuk Ayden dan Ara juga penting kerana pertunangan ini bukan hanya melibatkan Bella, tetapi juga anak-anaknya. Saya bukan hanya melamar Bella tetapi sedikit sebanyak turut menerima anak-anaknya.

"Sebab itu saya tekankan soal pendidikan dengan menyediakan SSPN, manakala ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad) dan Tabung Haji adalah pel@buran masa depan untuk kami sekeluarga," ujarnya.

Syed Saddiq dalam masa sama turut menzahirkan rasa syukur atas doa orang ramai yang disifatkan memberi kesan besar terhadap perjalanan hubungan mereka.
"Saya rasa doa daripada rakyat Malaysia memainkan peranan besar. Walaupun pada peringkat awal ia tidak dirancang, percaturan Allah itu sangat hebat. Bermula daripada kami bekerjasama akhirnya membawa ke sini (pertunangan).

"Saya sangat bersyukur kerana dalam kesulitan, Allah membal@s dengan kebaikan yang jauh lebih besar. Bagi saya Bella adalah anugerah paling besar untuk saya," jelasnya.

Sementara itu, Bella turut berkongsi detik Syed Saddiq melamarnya ketika sama-sama mendaki Gunung Kinabalu pada Januari lalu, malah anak-anaknya juga menerima berita gembira tersebut dengan hati terbuka selepas diberitahu oleh tunangnya itu.

"Perasaan ketika itu bercampur baur sebab tempat itu sangat sejuk dan saya pun dah penat. Bila kena lamar itu macam-macam dalam kepala. Alhamdulillah saya cakap 'yes' dalam masa beberapa saat saja.
"Respons anak-anak sangat p0sitif. Bukan saya yang kongsikan berita lamaran ini kepada mereka tetapi Syed Saddiq sendiri beritahu Ayden dan Ara," kongsinya.

Pada 28 Mac lalu, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, selamat bergelar tunangan kepada Syed Saddiq dalam sebuah majlis yang berlangsung di ibu negara.

Pada majlis tersebut, bakal pengantin bertukar hantaran iaitu lima dulang berbalas tujuh daripada Bella yang juga berkonsepkan Gunung Kinabalu simbolik tempat Syed Saddiq melamarnya pada Januari lalu.

Lebih mencuri perhatian pada majlis tersebut Syed Saddiq menyerahkan Sijil SSPN untuk anak Bella, Ayden dan Ara.

Untuk makluman, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 2016, sebelum bercerai pada 13 Jun 2024 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: