18 April 2026

BILA FESYEN TUALA 'GOOD MORNING' JADI PILIHAN AINA ABDUL KALI INI, ADA MAKSUD TERSIRAT KATANYA



"Pemilihan 'Good Morning Towel' (Tuala 'Good Morning') ini juga ada simboliknya. Sebelum ini mungkin ada yang menyangka saya berehat, tetapi sebenarnya tidak.

"Jadi, konsep 'Good Morning' itu melambangkan kemunculan semula saya, seolah-olah kembali dengan semangat baharu.

"Untuk busana ini, kami menggunakan lebih 150 helai kain dengan kualiti gred tertinggi, iaitu 'triple A', yang lebih tebal dan sesuai dijadikan pakaian. Proses menyiapkannya mengambil masa kira-kira dua minggu."

Klik untuk gambar besar

Itulah jelas penyanyi Aina Abdul, 31, apabila namanya sekali lagi mendapat perhatian apabila tampil dengan busana luar biasa, Tuala 'Good Morning' ketika membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-40 pada malam Jumaat.

Dalam persembahan itu, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, berkata, busana kali ini menggunakan lebih 150 helai tuala 'Good Morning'.

Tambahnya lagi, pemilihan tuala tersebut bukan sekadar untuk mencipta kelainan, sebaliknya mempunyai makna tersendiri yang melambangkan kemunculan semula dirinya dalam industri muzik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: