08 April 2026

"DIREKA-REKA, ITU ANTARA INDIVIDU BERKENAAN DENGAN ALLAH" - FATTAH AMIN YAKIN TINDAKAN BETUL, TAMPIL PERTAH4N DIRI



"Zaman sekarang memang mudah timbul fitn@h. Orang boleh berkata apa sahaja, tetapi Allah Maha Melihat. Apa yang saya lakukan, saya tahu ia benda betul.

"Jika ada perkara yang saya tidak lakukan tetapi direka-reka, itu antara individu berkenaan dengan Allah. Apa yang penting, saya yakin tindakan yang diambil adalah betul dan bersebab."

Itulah ujar pelakon Fattah Amin, 36, di mana dia yakin setiap keputusan yang dibuat adalah berasas dan berada di landasan betul, selain turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah membuat andaian atau mempercayai maklumat tidak sahih yang berlegar di media sosial.

Klik untuk gambar besar

Fattah Amin yang tampil mempertah@nkan tindakannya susulan dakwaan yang tular di media sosial, baru-baru ini berkata, sebarang kenyataan yang bukan datang daripadanya tidak wajar disandarkan kepadanya, malah boleh menjurus kepada fitn@h.

"Jangan kita berfikir atau berkata perkara yang bukan-bukan. Seperti yang sedang tular di media sosial, saya tidak akan bercakap atau melakukan perkara yang tidak baik.
"Jika sesuatu kenyataan itu bukan daripada mulut saya, bermakna ia datang daripada pihak lain. Jika ia tidak benar, individu terbabit perlu bertanggungjawab di akhirat," t£gas pelakon filem 'Pendekar Awang: Dar@h Indera Gajah' itu.

Fattah dalam masa sama turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan dirinya dan keluarga.

"Terima kasih atas doa yang baik-baik buat saya, keluarga dan pasukan saya. Semoga segala urusan kita dipermudahkan. Insya-Allah, saya yakin apa yang saya lakukan adalah betul. Saya juga mendoakan yang terbaik untuk semua" ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: