Sebelum ini, tular sekeping gambar keluarga di dinding rumah yang memperlihatkan wajah penyanyi dan pelakon, Bella Astillah seolah-olah sengaja ditutup selepas rakaman yang dimuat naik di media sosial memaparkan suasana keluarga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sedang menikmati kuih raya.
Berhubung perkara itu, Aliff, 35, menyifatkan tindakan ibunya iaitu Siti Hafizah Sheikh Mohamad menutup wajah bekas isterinya pada gambar keluarga sebagai satu perkara yang tidak disengajakan.
Aliff bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai isu berkenaan kerana bimbang kenyataannya akan meng£ruhkan lagi keadaan, selain juga tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan hiasan dalaman kediaman tersebut memandangkan rumah itu adalah milik ibu bapanya.
"Perkara itu rasanya tidak sesuai untuk saya kongsi. Sal@h satunya, rumah itu milik ummi dan ayah. Maka, terpulanglah kepada mereka untuk letak hiasan yang dimahukan di kediaman terbabit.
Klik untuk gambar besar
"Tidak sangka ada yang banyak masa untuk 'freeze frame'," kata Aliff yang mengakui lebih selesa untuk berdiam diri daripada terus menjadi m@ngsa h1naan ketika mengulas mengenai kec@man netizen.
"Kalau saya cakap macam ini, orang kata tungg@ng agama pula. Kalau tidak komen nanti, dikatakan h@nyut dan sebagainya. Seperti saya katakan, saya tidak boleh komen banyak. Itu rumah ummi dan ayah. Tetapi, saya tahu setiap orang ada pendapat terhadap perbuatan orang lain. Jadi, terpulanglah kepada mereka.
]] "Sekarang fokus saya adalah untuk bangkit semula. Cukuplah benda b0doh yang saya sudah buat sejak usia belasan tahun. Sekarang, saya hanya ingin perbaiki diri. Saya tidak mahu fikir mengenai cakap-cakap orang terhadap saya. Jika tidak, sampai bila-bila pun saya tidak mampu bangkit," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment