09 April 2026

"HARAP ALEXANDER BOLEH URUSKAN DIRI, ITU SAHAJA YANG KAMI MINTA PADA ALLAH" - NAQIU RELA ANAK ISTIMEWANYA 'PERGI' DAHULU DARIPADANYA



"Saya sedar tidak sepatutnya saya cakap macam ini. Tetapi, jujur, saya mengharapkan Alexander (anak istimewa) pergi dahulu supaya dia tidak rasa macam mana kehidupan tanpa mama dan papa.

"Saya tidak pernah cakap perkara ini kepada isteri. tetapi kalau dia tengok (rakaman p0dcast ini), saya minta maaf. Jauh di lubuk hati saya mengharap dia (Alexander) pergi dahulu sebelum saya.

"Saya tidak tahu bagaimana orang akan layan Alexander andai saya tidak ada lagi. Itu perkara yang saya sangat-sangat t@kut," katanya dalam linangan air mata.

Itulah kata penyanyi Naqiu dalam linangan air mata, di mana dia mengakui sukar membayangkan bagaimana anak keempat yang disahkan mengalami autisme ketika usianya menginjak lima tahun iaitu Wan Alexander Putra, 12, mampu menguruskan diri jika dia dan isteri sudah tiada lagi.

Klik untuk gambar besar

Akui Naqiu, dia sangat t@kut memikirkan bagaimana Alexander dilayan jika dia sebagai bapa, sudah tiada lagi di dunia ini dan sehubungan itu, dia rela anaknya itu pergi dahulu daripadanya dan dia menanggung 's@kit', berbanding Alexander 's@kit' tanpa dirinya.

Dalam pada itu, Naqiu yang juga bekas anggota kumpulan Boboy ini berkata, andai doanya tidak ditunaikan, dia yakin anak sulung dan anak keduanya mampu menjaga Alexander dengan baik selepas diamanahkan.

"Saya cakap dengan anak-anak, umur saya dan mama makin lanjut. Jadi, saya tidak tahu berapa lama lagi kami boleh hidup. Saya sudah pesan jika papa dan mama pergi dahulu, papa letakkan tanggungjawab itu kepada abang dan kakak untuk jaga Alexander sampai mereka kahwin dan tua.
"Tetapi, jika ditakdirkan umur saya dan isteri panjang, jangan risau kami tidak akan sus@hkan mereka. Kami akan jaga Alexander... Itu janji kami," ujarnya yang juga berharap Alexander pandai bercakap dan menguruskan diri.

"Setiap hari saya dan isteri berharap anak boleh bercakap. Kami juga berharap sekurang-kurangnya Alexander boleh uruskan diri. Itu sahaja yang kami minta pada Allah. Kami tidak minta dia jadi pandai.

"Kami hendak dia tahu uruskan diri kerana risau jika kami tiada nanti," tuturnya yang meluahkan em0si pada sesi temubual bersama Datuk Aznil Nawawi di saluran audio siar Kita Kita Aje.

Selain Alexander, Naqiu yang berkahwin dengan Hanisah Zuhari pada 2010, dikurniakan lima lagi cahaya mata iaitu Wan Ratna Putri, 14, Wan Daniel Iman, 13, Wan Esyana Alicia, 11, Wan Danish Aydin, 8, dan anak bongsu perempuan berusia tiga tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: