07 April 2026

INDIVIDU MUAT NAIK VIDEO FATIMA, LUAH RASA SIMPATI - FAZURA TAMPIL BERSUARA, RASA TERKIL4N : "DIA BUKAN OBJEK! DIA ANAK SAYA!!



"Any lips reader here? (Ada pembaca bibir di sini?) Yang kiri sekali tu cakap apa? 'Biar je dia kat situ?'. Dia bukan objek! Dia anak saya!!

"Saya minta maaf tapi lillahitaala ini pertama kali saya menonton video ini! Bagaimana? Apa? Itu dilakukan kepada anak saya??"

Demikian tulis pelakon dan usahawan, Fazura yang tampil bersuara apabila melihat video memaparkan anaknya, Fatima Nur Aisya ketika di majlis perkahwinan bekas suaminya, pelakon Fattah Amin bersama penyanyi Amira Othman pada September tahun lalu.

Klik untuk gambar besar

Video itu dikongsikan seorang pengguna yang memuat naiknya di Thr£ads, di mana individu itu turut tampil meluahkan rasa simpati pada Fatima yang dilihat keseorangan ketika sesi bergambar Fattah dan Amira.

Difahamkan, video tersebut telah pun dipadam oleh individu berkenaan, namun ia sempat mendapat perhatian Fazura.
Kata Fazura, itu pertama kali dia melihat video berkenaan serta meluahkan rasa terkil@n serta mengatakan Fatima bukanlah sebuah objek dan itu adalah anak perempuannya.

Fazura bagaimanapun enggan memanjangkan isu tersebut kerana tiada yang lebih utama selain anak yang dilahirkan, malah keutamaanya kini adalah kebahagiaan serta kesejahteraan Fatima.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: