"Nama Akira Juwita Zahra ini dipilih oleh Watie kerana nak samakan dengan nama Thalita. Nama penuh Thalita iaitu Dzakira Talita Zahra. Jadi permintaan Watie mahu nama bayi perempuan kami sama dengan kakaknya."
Itulah kata pelawak dan usahawan, Shuib, 42, di mana dia memaklumkan nama 'Akira Juwita Zahra' merupakan pilihan isterinya sendiri iaitu Watie Hanifiah, 38, untuk anak baru mereka kerana mahu diselaraskan dengan nama kakaknya, Dzakira Talita Zahra, 12.
Disamping itu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, turut berkongsi perkembangan kesihatan isteri dan anak kelimanya yang kini berada dalam keadaan sihat.
Shuib dalam masa sama berkata, anak keempatnya iaitu Ayash Affan, 5, merupakan individu paling teruja dengan kehadiran ahli keluarga baharu mereka.
Klik untuk gambar besar
"Ayash antara yang paling gembira sebab daripada baby belum lahir lagi dia akan panggil nama Akira Zahra. Dia paling hafal nama adik," tuturnya.
Pada Isnin, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Selangor pada pukul 3.47 petang.
Sebelum ini, Watie yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada Jun 2023 itu pernah mengalami keguguran anak pertama sekitar Mei tahun lalu.
Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham, Siti Sarah Raisuddin, namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akib@t C0V1D.
Selain Talita dan Ayash, Shuib dan arwah Sarah turut dikurniakan dua orang cahaya mata lagi iaitu Uwais Alqarni, 14 dan Ariq Matin, 9 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!















No comments:
Post a Comment