05 April 2026

ISU QUE HAIDAR - WANITA DIPERCAYAI ADIK TAMPIL PERTAHAN, BERI AM4RAN : "KALAU KITA DAH BUKA, AWAK MUNGKIN M4LU SAMPAI TAK KELUAR RUMAH... TERIMA KASIH BEKAS KAKAK IPAR ATAS FITN4H YANG DIS£BAR"



"Lucunya, orang yang benar-benar jah@tlah yang paling lantang bersuara... namun hanya penuh dengan pemboh0ngan. Tidak mengapa, Allah sentiasa bersama kita. Semoga ada bal@san untuk mereka yang menabur fitn@h."

Itulah tulis seorang wanita yang dipercayai adik kepada Que Haidar, 47, dikenali sebagai Tengku Dayangku Nazira, menerusi satu hantaran di Thr£ads, di mana tampil bersuara susulan terdapat dakwaan memburvkkan nama pelakon itu.

Wanita itu menyifatkan individu yang sering tampil lantang bersuara sebenarnya menyebarkan perkara tidak benar dan ia dipercayai berkaitan dengan kenyataan dibuat oleh Linda Jasmine, 54, sebelum ini, meskipun tidak menjelaskan hantaran tersebut secara terperinci.

Disamping itu, Dayang turut memuat naik tangkap layar di mana ia kini tular, selain juga memberi peringatan agar pihak berkenaan tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan tanpa asas terhadap Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar.

Klik untuk gambar besar

Ujarnya wanita itu lagi, dia menghormati permintaan pelakon berkenaan dan berhubung itu, dia juga mengambil langkah menahan diri daripada mendedahkan perkara sebenar.

"Kalau tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam daripada meny@kiti orang lain dengan fitn@h. Kita ini malas nak buka a1b orang itu, tapi kalau kita dah buka, awak mungkin m@lu sampai tak keluar rumah dan berdepan dengan media," katanya yang dalam masa sama juga percaya orang ramai tidak mudah diperdaya dan percaya kebenaran akan terbongkar.

"Sabar orang ada hadnya. Jadi berpadalah mereka cerita. Kita bersabar sebab abang sahaja. Kalau ikutkan hati, sudah lama a1b itu didedahkan. Jangan risau, orang bukan b0doh. Cepat atau lambat semua akan tahu siapa sebenarnya yang bersal@h," ujarnya.
Sementara itu, Dayang menerusi perkongsian terbaru berkata, keluarganya telah melayan Linda dengan baik sepanjang tempoh dia menjadi kakak ipar mereka.

"Kami sekeluarga layan sebaik-baiknya dia... Tak sangka difitn@h sebegini. Terima Kasih bekas kakak ipar atas fitn@h yang dis£bar. Semoga Allah membal@s. Semoga Allah melindungi Abang saya," tuturnya.

Terdahulu, Linda dilihat membal@s komen individu di media sosial, di mana dia seolah-olah memberi bayangan mengenai punca sebenar perpisahan dengan Que dengan mendakwa keputusan untuk bercerai dibuat demi melindungi dua anak mereka daripada kejah@tan.

Untuk makluman, Linda dan Que yang mendirikan rumah tangga pada 2009 sebelum sah bercerai pada Julai 2024 itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: