06 April 2026

"SAYA TAK DIPERJ4RA... SEBAB SUDAH BERJANJI, SAYA TAK LANGG4R PENJANJIAN" - FAZURA



"Yang penting saya tak dipenj@ra oleh peguam saya. Sebab sudah berjanji, saya tak langg@r perjanjian."

Demikian kata pelakon Nur Fazura, 42, yang kekal tenang berdepan situasi tersebut ketika k£s hak lawatan anaknya menjadi bualan ramai.

Fazura menerusi sebuah video yang tular di platform Thr£ads, dilihat baru sahaja selesai menghadiri majlis rumah terbuka peguamnya yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hasan.

Dalam suasana santai itu, mereka sempat berselor0h mengenai isu berkenaan apabila Fazura berkata, dia tidak akan dipenj@rakan kerana tidak melangg@r sebarang perjanjian.

Selain itu, menerusi video yang sama, Fakhrul Azman turut kedengaran bersetuju bahawa Fazura tidak melangg@r perjanjian yang ditetapkan.

Klik untuk gambar besar

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai, di mana rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap ketenangan dan semangat yang ditunjukkan ibu kepada eorang cahaya mata itu.

Sebelum ini, bekas suaminya iaitu pelakon Fattah Amin atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin, dilaporkan mengemukakan permohonan secara ex parte terhadap Fazura atas dakwaan melangg@r perintah mahkamah berkaitan hak lawatan anak.

Bagaimanapun, pada 31 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak permohonan Fattah untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas isterinya.
Namun baru-baru ini, Fattah dilaporkan bakal memfailkan semula permohonan bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital tersebut.

Untuk makluman, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun sebelum bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.



         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: