"Saya mengenali Que sejak 25 tahun lalu, sejak dari zaman Akademi Seni Kebangsaan lagi. Saya tahu apa yang dilalui sejak mula dia nak berlakon, sehingga berumah tangga.
"Dia berada di kemuncak kerjayanya ketika berkahwin. Namun, dia meng0rbankan 16 tahun hidupnya untuk berdepan dengan paran0ia isterinya serta membesarkan anak-anak agar mereka membesar dalam suasana yang p0sitif.
"Jika dia berk£ras untuk mengambil sesuatu tawaran, dia hanya dibenarkan menjalani penggambaran sekiranya semua pelakon yang terbabit adalah lelaki. Tiada pelakon wanita dibenarkan berlakon bersamanya, malah pelakon tambahan wanita juga tidak dibenarkan.
Itulah kata pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty, ketika dihubungi, di mana dia membuat pendedahan berhubung peng0rbanan besar yang dilakukan sahabatnya yang juga pelakon, Que Haidar sepanjang tempoh perkahwinannya sebelum ini.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Ellie turut memberitahu, demi menjaga keharmonian rumah tangga dan memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran p0sitif, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, sanggup mengenepikan minat mendalamnya terhadap dunia seni.
Sebelum itu, Ellie menerusi hantaran di Thr£ads turut mendedahkan Que seolah-olah 'dis£kat' daripada berkarya apabila isterinya itu didakwa akan meng@muk setiap kali pelakon filem 'Rock' itu menerima tawaran lakonan.
Tambahnya lagi, pend£ritaan dan kerinduan Que terhadap dunia lakonan pernah diluahkan kepadanya dalam satu pertemuan rahsia lebih sedekad yang lalu.
"Sekitar 12 tahun lalu, dia pernah bertemu saya secara diam-diam dan meluahkan bahawa dia terlalu merindui dunia lakonannya," tuturnya.
Terdahulu, media sosial dih£bohkan dengan kris1s antara Que dan bekas isteri, Linda Jasmine selepas guru tari itu menulis komen bal@s kepada netizen.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment