06 April 2026

LEPAS BERCERAI : YUSUF BAHRIN BUKA LEMBARAN BAHARU - ZIZI KIRANA LANCAR SELAWAT, ANGGAP PENAWAR DUK4



"Different phase same focus (Fasa berbeza fokus yang sama), Alhamdulillah," itulah tulis pelakon Yusuf Bahrin, 34, dimana dia turut menyertakan emoji roket.

Yusuf tampil mengemaskini hantaran di media sosial dengan berkongsi foto dan video melakukan pelbagai aktiviti seperti menghadiri rumah terbuka hari raya dan terbabit penggambaran lakonan.

Yusuf atau nama penuhnya, Mohd Yusuf Bahrin yang menerima bermacam komen daripada pengguna media sosial itu dilihat membal@s dengan kata-kata ringkas, ucapan terima kasih berserta emoji sesuai.

Melihat pada perkongsian foto dan video, Yusuf menggambarkan dirinya dalam usaha membuka lembaran baharu selepas melalui ujian perceraian dengan bekas isterinya, penyanyi Zizi Kirana, 41, pada 2 April lalu.

Klik untuk gambar besar

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen berharap pelakon itu tabah dan sabar melalui ujian kehidupan dihadapinya kini, selain turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

"Moga terus tabah dan pulihkan p0sitif."

"All the best, good luck & congratulations."

"Semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat."

"Stay strong, steady Yusuf. Apa-apa balik Melaka 'roger'," tulis beberapa pengguna media sosial.

Sementara Zizi pula, penyanyi itu kini dilihat giat memprom0sikan lagu selawat terbaharu, 'Mahallul Qiyam', yang dilancarkan secara rasmi di YouTube dan platf0rm digital sejak 24 Mac lalu.

Menerusi perkongsian di media sosial, Zizi mendapat pelbagai kata-kata semangat daripada netizen yang menyarankan agar beliau terus menjadikan selawat sebagai penawar jiwa.
"Selawatlah selalu, ia ibarat penawar," komen seorang warganet yamg turut menyertakan emoji hati.

Manakala seorang lagi pengguna media sosial turut menyifatkan alunan selawat tersebut sangat merdu dan sering mendengarnya.

Ziz sebelum ini memaklumkan, selawat Mahallul Qiyam itu pernah dikongsikan ketika beliau menyertai pelayaran bersama Gl0bal Svmvd Fl0tilla (GSF) ke G@z@ pada tahun lalu.
Kata Zizi, sambutan p0sitif daripada pengikutnya mendorong dirinya untuk merakamkan selawat berkenaan dalam versi studio dan baginya, selawat itu mempunyai makna yang sangat mendalam buat dirinya.

"Selawat itu bukan sekadar kata, ia adalah rindu yang dijemput pulang kepada 'nur' (cahaya) yang tidak pernah padam," tulisnya puitis di media sosial, dimana beliau turut menganggap selawat sebagai penawar duk@ selepas fasa perceraian.

Pada 2 April lalu, pasangan Yusuf dan Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, selepas lima tahun hidup bersama.
Sebelum itu, sp£kulasi mengenai ker£takan rumah tangga mereka mula menarik perhatian netizen di media sosial apabila kedua-duanya didapati meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini secara berasingan.

Yusuf dilihat berkongsi foto sambutan lebaran bersama ahli keluarganya, manakala Zizi pula memuatnaik gambar seorang diri dengan masing-masing tidak memakai busana hari raya sedondon.

Untuk makluman, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021, namun dalam tempoh itu mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: