Wartawan alam sekitar terkenal, Datuk Karam Singh Walia dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Klang, Selangor, sekitar jam 3.30 pagi tadi.
Pemergian itu disahkan oleh adik mendiang yang juga Pengarang Urusan Kumpulan (GME), Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad, Jasbant Singh.
Sementara itu, menerusi hantaran di media sosial, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pemergian mendiang meninggalkan kesan mendalam terhadap dunia kewartawanan negara.
"Beliau sentiasa mewarnai penyampaian berita dengan gaya tersendiri. Saya juga antara yang setia mengikuti laporan beliau dan amat menghargai dedikasi serta sumbangannya kepada dunia penyiaran," tulis Fahmi.
Untuk info, mendiang juga merupakan wartawan penyiaran di stesen televisyen swasta negara, TV3 yang telah berkhidmat sejak dari tahun 1995 hingga bersara pada 2014.
Klik untuk gambar besar
Datuk Karam Singh Walia juga terkenal dengan gaya penyampaian yang lantang, termasuk penggunaan frasa ikonik seperti 'Ini bukan cerita baru', yang sering digunakan ketika mendedahkan isu penc£maran dan sal@h urus alam sekitar.
Mendiang dikenali sebagai wartawan alam sekitar paling berp£ngaruh dengan laporan-laporan khas yang berani dan berimp@k tinggi, khususnya dalam mengetengahkan isu penc£maran, keselamatan awam serta kepentingan kelestarian alam sekitar.
Dalam pada itu, Datuk Karam Singh Walia juga merupakan pemenang anugerah Malaysia Press Institute (MPI) menerusi kategori 'Wartawan Televisyen Alam Sekitar Terbaik' pada 2004, 2005, 2006 dan 2007 dan pemenang Wartawan TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa sebanyak dua kali.
Mendiang juga sering dianggap sebagai pelopor kewartawanan alam sekitar di Malaysia, dengan pendekatan laporan lapangan yang mendalam serta berani mengetengahkan isu-isu yang memberi kesan langsung kepada rakyat.
Satu masa dulu, mendiang dikenali bukan sahaja kerana liputan media yang sens@si, fasih berbahasa Melayu, tetapi yang lebih istimewa, setiap penyampaian berita akan diakhiri dengan peribahasa yang cukup mendalam, tajam, halus serta mencuit hati.
Dikhabarkan, Datuk Karam Singh Walia turut memiliki sebuah buku yang mengandungi lebih 4,000 peribahasa Melayu yang sering dibawa ke mana-mana sahaja sebagai rujukan.
Patah tumbuh hilang berganti, Datuk Karam Singh Walia akan sentiasa diingati.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment