"Sebenarnya, belum ada perbincangan lanjut mengenai perkara ini. Pihak Amber hanya menjawab pertanyaan daripada rakan media tentang projek bersama BASS.
"Tiada sebarang keputusan dibuat yang melibatkan Syed Saddiq dalam sebarang telefilem. Setakat ini, hanya saya, Insya-Allah." Itulah jelas pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 32, di mana dia tampil menjawab kekeliruan mengenai sebuah projek drama yang bakal menggandingkan dia bersama tunangnya, Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq.
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, memberitahu, tiada sebarang kata putus dibuat tentang penglibatan Syed Saddiq dalam drama terbitan produksi UTV.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Bella berkata, dia juga cukup memahami tugas dan peranan tunangnya itu dalam dunia p0litik, bukannya sebagai pelakon.
Selain itu, Bella turut men£gaskan dengan memberi bayangan bahawa tunangnya itu tidak akan terlibat dalam mana-mana penggambaran drama.
"Dalam situasi ini, kami memahami kedudukan Syed Saddiq sebagai ahli p0litik serta peranan utamanya dalam melaksanakan tugas hakiki.
"Memang tiada sebarang perbincangan melibatkan YB untuk berlakon. Dalam situasi sekarang, kami sangat berterima kasih atas sokongan semua pihak," katanya.
Untuk makluman, Bella dan Syed Saddiq selamat mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment