04 April 2026

DIMINTA BERSATU KEMBALI DENGAN QUE HAIDAR - LINDA JASMINE TAMPIL RESPONS, BERI BAYANGAN PUNCA CERAI : "SAYA MELINDUNGI MEREKA DARIPADA KEJAH4TAN"



"Ya, I am protecting them from £vil (saya melindungi mereka daripada kejah@tan)... that's why I divorced him (sebab itu saya bercerai dengan dia)."

Demikian kata guru tari profesional, Linda Jasmine, di mana dia memberi respons mengejutkan apabila dia seolah memberi bayangan punca bercerai dengan pelakon Que Haidar selepas seorang individu menyuarakan harapan agar dia terbuka hati kembali rujuk dengan bekas suaminya.

Menerusi komen tersebut, individu itu mahu mereka bersatu kembali sama seperti apa yang diajarkan dalam Islam iaitu dengan menjaga hubungan.

"Lebih baik kamu berdua berkahwin semula. Allah melindungi kamu daripada perkara yang jah@t, kemudian bersatu kembali. "Dan sentiasalah mengikuti apa yang Allah SWT telah sebutkan dalam Al-Quran dan hadis daripada Nabi Muhammad SAW," tulis komen netizen.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, anak perempuan kepada Linda dan Que iaitu Tengku Ratu Haidar Tengku Iskhan Shah turut tampil bersuara di mana dia seolah memberi bayangan bahawa ibu bapanya tidak akan kembali bersatu dan dia menghargai komen individu itu.

"Thank you so much for your concern buat you have no idea what has happen behind closed door (terima kasih banyak atas keprihatinan awak, tetapi awak tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik pintu tertutup)," tulis Ratu.

Terdahulu, Que mendedahkan dia dan Linda sah berpisah pada Julai 2024 selepas 15 tahun hidup bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13.

Untuk makluman, Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24, hasil perkahwinan terdahulu.

Sementara itu, usaha mendapat maklum bal@s daripada Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, sehingga kini masih tidak kesampaian.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: