04 April 2026

ADIRA AKUI 'JEJAKA MISTERI' ISTIMEWA DALAM HIDUPNYA, MOHON DOA YANG BAIK-BAIK : "ALHAMDULILLAH SETAKAT INI ANAK-ANAK SAYA SANGAT SELESA"



"Boleh dikatakan istimewa, sebab saya pun jarang kongsi mana-mana lelaki. Jadi saya minta doakan yang terbaik.

"Setakat ini apa yang boleh saya kongsikan adalah apa yang saya kongsi di media sosial sahaja. Itu saja. Saya kekal dengan cara itu dan mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua. Insya-Allah.

"Alhamdulillah setakat ini anak-anak saya sangat selesa. Saya tak boleh kongsi lebih banyak kerana perlu menghormati keluarga."

Itulah jelas penyanyi Adira Suhaimi, 35, di mana dia lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi mengenai hubungan cintanya dengan seorang jejaka misteri kepada umum.

Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, tidak menafikan lelaki berkenaan merupakan individu yang istimewa dalam hidupnya ketika ini.

Kata Adira, anak-anaknya juga sudah menerima kehadiran jejaka misteri berkenaan dengan baik, namun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai hubungan tersebut, sebaliknya memilih untuk berkongsi perkara yang perlu sahaja di media sosial.
Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Sayang Orang Sama' itu men£gaskan, segala perkongsian yang dimuat naik di media sosial adalah atas kehendaknya sendiri dan bukan sekadar gimik untuk meraih perhatian.

"Saya tak buat gimik. Apa yang saya kongsi di media sosial adalah perkara yang saya suka, tiada paksaan. Maknanya apa yang ada di media sosial saya itu adalah apa yang saya suka dan bahagia," tuturnya.

Sebelum ini, Adira berkongsi foto di media sosial yang memaparkan dia bersama jejaka misteri yang memiliki rambut panjang paras bahu dan perkongsiannya itu mengundang pelbagai teka-teki dan sp£kulasi ramai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: