"Saya tak pasti pernah cerita atau tak.. takpalah saya cerita jugak.. lagu 'Suci Dalam Debu' dari kumpulan iklim merupakan lagu pertama yang saya nyanyikan dalam pertandingan karaoke masa umur saya 8 tahun macam tu.
"Ibu sayalah yang bawak saya pergi pertandingan nyanyian di Tasik Permaisuri Kuala Lumpur.. Kami jalan kaki dari Rumah Flat Sri Kota ke sana. Saya nyanyi di Tasik Permaisuri sekitar tahun 1992.
"Bermula dari situ impian untuk menjadi seorang penyanyi berkobar kobar dalam diri... Alhamdulilah, saya masih berjuang hingga hari ini.. Doa dari keluarga dan peminat sentiasa mengiringi.. Alhamdulillah."
Demikian tulis penyanyi Tomok menerusi media sosial miliknya, di mana dia berkongsi kenangan pertama kali sertai pertandingan nyanyian.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment