"Anak-anak adalah dar@h daging saya. Keadaan itu tidak berubah. Alhamdulillah, secara peribadinya, anak-anak semua adalah anak-anak saya dan kekal begitu selamanya.
"Anak-anak ini lahir daripada kasih sayang kita. Mereka sebahagian daripada diri kita. Mana-mana ibu bapa pun akan menyayangi anak tanpa syarat, mengharapkan dan mendoakan mereka tanpa batas."
Demikian jelas penyanyi veteran, Datuk ND Lala, 65, dimana dia men£gaskan kasih sayang terhadap empat orang anaknya itu tidak akan pernah berubah walaupun pernah berdepan k0nflik keluarga sebelum ini.
Kata ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Amzah Salleh, hubungan antara ibu bapa dan anak adalah sesuatu yang kekal dan tidak boleh dipisahkan hanya disebabkan perceraian.
Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya saya membuat keputusan untuk tidak memberi respons terhadap hal-hal peribadi supaya tidak meny1nggung atau meluk@kan mana-mana pihak. Kalau orang mahu mentafsir, itu hak masing-masing. Tetapi bagi saya, saya tidak akan bercakap tentang sesiapa," ujarnya.
Untuk makluman, ND Lala pernah mendirikan rumah tangga dengan Fauziah Sarman pada tahun 1989 sebelum bercerai pada 2 Ogos 2023.
Perceraian mereka didakwa berpunca daripada kehadiran orang ketiga yang kini dipercayai merupakan isteri ND Lala.
Hasil perkahwinan dengan Fauziah, ND Lala dikurniakan empat cahaya mata termasuk penyanyi Shila Amzah dan tiga lagi adiknya iaitu Amir Syafiq, Amir Syahir dan Syada.
Pada 22 November 2025, Fauziah kembali mendirikan rumah tangga dengan Zainal Abidin Muhammad Salleh.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment