11 April 2026

KINI SUDAH SIHAT SELEPAS JALANI PEMB£DAHAN KANS£R PERUT - EMMA AKMA LUAH RASA RINDU NAK BERLAKON BALIK



"Saya sudah sihat dan boleh berlakon. Nak berada di set penggambaran pun sudah boleh. Dulu memang tak boleh berdiri lama, kena baring tapi sekarang sudah boleh buat semua.

"Orang tak tahu lagi saya boleh berlakon. Jadi kali ini saya sangat berharap kalau ada rezeki, tolonglah panggil saya berlakon balik. Saya rindu sangat nak berlakon."

Demikian jelas pelakon veteran, Emma Akma, 57, di mana dia meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif dalam dunia lakonan selepas melalui pemb£dahan besar akib@t mas@lah kesihatan lima tahun lalu.

Kata Emma atau nama sebenarnya, Noorakma Yunus, ramai rakan industri masih belum mengetahui keadaan terkininya yang sudah kembali sihat dan mampu bekerja seperti biasa.

Klik untuk gambar besar

Maklumnya lagi, walaupun sudah lima tahun menjalani pemb£dahan membuang ketumbuhan dalam perut serta rahim dan ovari akib@t cyst, dia masih menjalani pemeriksaan susulan.

"Alhamdulillah, ini merupakan tahun kelima saya selepas jalani pemb£dahan, tapi saya masih lagi dalam rawatan susulan kerana kans£r ini tidak boleh sembuh terus.

"Doktor jangkakan 10 tahun untuk sembuh sepenuhnya. Dalam tempoh itu saya kena jaga diri terutama dari segi pergerakan dan pemakanan.
"Setakat ini, keputusan pemeriksaan sangat baik. Kans£r tidak aktif dan harapnya keadaan ini berterusan sampai tahun terakhir," tuturnya yang kini lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan harian dengan mengikut segala nasihat doktor.

"Saya jaga sendiri. Doktor selalu t£gaskan saya tak boleh angkat berat sebab pemb£dahan yang saya lalui adalah major. Kalau angkat berat, ia boleh beri tek@nan dalaman.

"Jadi aktiviti lasak seperti berlari memang saya elakkan. Dari segi pemakanan pula saya kawal sebab tak mahu peny@kit lain datang, tambahan pula usia saya sudah 57 tahun," ujarnya.

Untuk makluman, pada tahun 2021 Emma disahkan menghidap kans£r perut serta ketumbuhan cyst sebesar bola sepak yang boleh menganc@m nyawanya jika tidak dib£dah dengan segera.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: