"Hari ini, Aslam dan Marissa selesai memberi keterangan di hadapan hakim. Bagaimanapun, tarikh sebutan k£s seterusnya tidak dikongsi atas permintaan anak guam.
"Insya-Allah, doakan yang baik-baik saja. Masih suami isteri atau pun tidak, selagi mahkamah belum putuskan, itulah status mereka (masih suami isteri)."
Itulah kata peguam syarie yang mewakili Ahmad Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, di mana maklumnya, pasangan pemp£ngaruh media sosial, Marissa Dania Hakim, 21, dan Ahmad Aslam, 27, hanya hadir untuk memberi keterangan di hadapan Hakim Syarie, Nadia hari ini.
Jelasnya, keputusan bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk hanya akan diputuskan pihak mahkamah pada prosiding seterusnya iaitu pada tarikh lain.
Berhubung itu, status perkahwinan Marissa dan Aslam masih menjadi teka-teki apabila mahkamah Syariah di sini belum membuat keputusan berhubung pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan mereka.
Dalam pada itu, ditanya sama ada Marissa ada memfailkan perceraian seperti yang dinyatakan dalam media sosial sebelum ini, Muhammad Ammar memberitahu, tidak menerima sebarang permohonan baharu daripada anak kepada selebriti terkenal, Abby Abadi dan Norman Hakim.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Aslam atau nama sebenarnya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya keputusan berhubung status rumah tangganya kepada mahkamah.
"Perbicaraan sudah selesai. Untuk apa-apa selepas ini, saya minta semua doakan yang baik-baik. Saya tak ada apa-apa komen lanjut, semuanya bergantung kepada pihak mahkamah," tuturnya.
Manakala Marissa pula yang memakai topeng, muka dia kelihatan sedikit sayu ketika keluar dari kamar mahkamah.
"Tak," katanya ringkas sambil menggelengkan kepala ketika ditanya sama ada dia menangis selepas prosiding.
Pasangan itu kemudiannya terus meninggalkan pekarangan mahkamah dan menaiki kereta jenis Mercedes-Benz berwarna kelabu bersama-sama.
Terdahulu, pada 30 Mac lalu, Aslam dan Marissa hadir di mahkamah bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang dibuat sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 sebelum kembali rujuk dalam bulan sama dan sekali lagi melafazkan cerai pada April 2025 dan difahamkan rujuk sekitar Jun tahun sama.
Permohonan tersebut difailkan Aslam pada 10 Mac lalu iaitu beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.
Marissa merupakan isteri kedua Aslam selepas mereka bernikah di Thailand pada 27 Disember 2023 yang ketika itu sudah pun bergelar suami Umisya pada Julai 2020.
Pasangan itu juga pernah bercerai pada September 2023 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh idah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment