"Saya dah dapat hak dari mahkamah. Saya minta maaf atas apa yang dah jadi sebelum ini. Saya tak nak bermusvh, saya cuma nak hak untuk jumpa Humairah dan Umar.
"Jangan s£kat atau halang. Saya nak jalankan tanggungjawab sebagai abah. Saya nak call tanya khabar perkembangan mereka."
"Saya tak mahu berg@duh, saya tak mahu meng£ruhkan keadaan. Saya hanya minta nombor telefon anak supaya kami dapat berhubung. Sudah lama saya tidak berhubung dengan anak.
"Saya ada hubungi Shuhada dan minta nombor telefon anak, cuma dia belum beri sebarang maklum bal@s. Saya juga sudah hubungi ahli keluarganya, namun tiada jawapan.
"Isunya bukan tentang untuk berjumpa anak sebab Shuhada benarkan perkara itu. Tetapi sebelum berjumpa, saya juga mahu berhubung dengan anak-anak. Saya mahu bertanya khabar dan perkembangan mereka.
Klik untuk gambar besar
"Saya tulis luahan di media sosial kerana Shuhada tidak memberi sebarang respons. Jadi saya harap dia dapat beri kerjasama. Saya hanya mahukan nombor telefon anak.
"Disebabkan k£s dakwaan pukvl sebelum ini, saya tidak dibenarkan menghubungi m@ngsa (Shuhada). Selepas beberapa bulan selesai, barulah saya WhatsApp dia. Baru semalam saya menghubungi dia.
Demikian kata-kata pelakon Hafidz Roshdi, 32, di mana dia mendakwa bekas isterinya, Nurul Shuhada menghalangnya dari bertemu serta berhubung dengan anak-anak mereka.
Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi menerusi satu perkongsian di media sosial, memberitahu, dia sudah mendapat hak dari mahkamah dan hanya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.
T£gas pelakon itu lagi, anak-anak mereka memerlukan bapa mereka dan jika ada isu dengannya tidak perlu melibatkan anak-anak.
Dalam pada itu, Hafidz turut mengakui kesil@pan lalu dan telah memohon maaf atas apa yang yang berlaku sama ada dari segi kewangan, em0si atau perkara lain yang mungkin terlepas pandang.
Malah pelakon itu juga meminta agar tidak meny£kat mahupun menghalangnya untuk bertanya khabar anak-anak melalui panggilan telefon.
Hafidz tampil menjelaskan tujuan dia bertindak membuat luahan di media sosial, dimana ia bukanlah untuk meng£ruhkan lagi hubungan dengan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Untuk makluman, Hafidz mendirikan rumah tangga Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka sah bercerai talak satu pada 27 Julai 2023.
Hasil perkahwinan itu, Hafidz dan Shuhada dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 9, dan Umar, 5.
Selepas bercerai, Shuhada memaklumkan, dia bersama dua anaknya sudah berhijrah ke Melbourne, Australia.
Hafidz kemudian kembali bernikah dengan Athira Yuhada pada 15 Disember 2023 dan mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment