29 April 2026

SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN ANAK BONGSU - RITA RUDAINI TITIP UCAPAN YANG MENYENTUH HATI



"Anak bertuah... anak hebat... anak yang kuat... Membesarlah jadi lelaki yang hebat, Airit Qaqa Arjuna... bukan sekadar kuat pada fizikal, tapi juga kuat menahan luk@, sabar dalam ujian, dan lembut pada hati yang menyayangi...

"Semoga setiap langkahmu dipenuhi keberanian, setiap jatuhmu mengajar erti bangkit, dan setiap impianmu Allah permudahkan jalannya...

"Selamat hari lahir, anak hebat... membesar dengan doa, dilindungi dengan kasih 💝," itulah tulis pelakon Rita Rudaini, 50, yang menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran anak bongsunya, Airit Qaqa Arjuna yang ke-15 tahun hari ini.

Klik untuk gambar besar

Dalam hantaran itu yang dimuat naik di media sosial, Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, telah berkongsi beberapa gambar anaknya ketika masih kecil yang dijaga serta diasuhnya bersendirian dengan penuh kasih sayang.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen sebak dan terharu dengan ucapan kasih Rita sebagai ibu tunggal yang penyayang buat Airit Qaqa Arjuna yang kini meningkat usia remaja.
Pada 11 April lalu, Rita yang menyambut hari jadi ke-50 itu telah menerima hadiah sejambak bunga daripada anak bongsunya itu, dimana dia membeli dengan menggunakan 'duit raya' dikumpul ketika Aidilfitri, baru-baru ini.

Untuk makluman, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak, 39, pada 2008, namun mereka sah bercerai pada 2013.

Pasangan ini yang hidup bersama selama lima tahun itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 17, dan Airit Qaqa Arjuna yang dijaga sepenuhnya oleh Rita.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: