03 April 2026

NETIZEN PETIK NAMA ALYA IMAN SEBAGAI PUNCA PERCERAIAN DENGAN ZIZI KIRANA - YUSUF BAHRIN & PIHAK PENGURUSAN TAMPIL BERI AM4RAN, TAK TERAGAK-AGAK AMBIL TINDAKAN



"Aku dah ada maklumat peribadi kau. Kalau kau tak padam hantaran b0doh kau, aku akan ambil tindakan undang-undang dan sam@n."

Itulah tulis pelakon Yusuf Bahrin, 34, di ruangan komen, di mana dia memberi am@ran kepada seorang individu yang menjaja kisah rumah tangganya bersama penyanyi Zizi Kirana berakhir dengan perceraian disebabkan pelakon Alya Iman.

Kata Yusuf atau nama sebenarnya, Muhammad Yusuf Bahrin, dia yang b£ngang dengan tuduhan tidak berasas individu itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memberi pengajaran.

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, seorang dikenali sebagai '@anisadrianaa._', mendakwa Alya Iman menjadi punca keretakan hubungan suami isteri selain menuduh pasangan itu tidak sekufu memandangkan Zizi berjihad ke jalan Allah manakala Yusuf masih tidak menjaga batas dalam bidang lakonan.

"Nak jujur sikit, Zizi dah berhijrah, sertai usrah dan Sumud Flotilla.

"Yusuf masih dalam bidang lakonan. Pegang dan peluk-peluk dengan bukan muhrim. Rasa macam tak sesuai," tulis individu berkenaan sebelum bertindak memadam posting tersebut beberapa jam kemudian.
Sementara itu, pihak pengurusan Alya Iman iaitu Stars Powerhouse Entertainment tampil menyangkal dakwaan yang mengaitkan artis mereka dengan isu penceraian Yusuf dan Zizi.

Pihak pengurusan itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan tuduhan tersebut bertujuan untuk menj£jaskan nama baik Alya Iman.

"Stars Powerhouse Entertainment memandang serius penyebaran kenyataan palsu yang mengaitkan artis kami, Alya Iman, dengan isu perceraian pasangan artis yang tular baru-baru ini. Tuduhan ini adalah tidak benar, berunsur fitnah dan menjejaskan reputasi.
"Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat. Hentikan penyebaran serta-merta dan turunkan semua," tulis kenyataan itu.

Pada pagi Khamis, Yusuf dan Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, 41, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor pada Khamis.

Untuk makluman, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: