13 April 2026

NORISH KARMAN DIUJI MAS4LAH KESIHATAN KRIT1KAL - SAHABAI HANDAI & BEBERAPA PENGGIAT SENI SINGAPURA AMBIL INISIATIF KUMPUL DANA BANTU RINGANKAN B£BAN



Semua sedia maklum mengenai keadaan pelakon Norish Karman, di mana dia kini diuji dengan mas@lah kesihatan krit1kal.
Berhubung keadaan Norish, sahabat handai dan beberapa penggiat seni dari Singapura kini mengumpul dana sumbangan untuk membantu pelakon itu.

Pemuzik Singapura yang juga sahabat Norish iaitu Mohamad Yazid Mohd Fami, 59, ketika dihubungi, memberitahu, pihaknya sudah menghubungi anak pelakon itu, Manda.

Selain itu, jelasnya lagi, dia akan datang ke Kuala Lumpur bagi menyerahkan sendiri kutipan sumbangan itu kepadanya.

"Saya dah hubungi Manda dan sudah berbual mengenai keadaan terkini ibunya. Kami di Singapura turut terk£san apabila mendapat tahu mengenai keadaan kesihatannya yang kini dalam keadaan krit1kal.

"Jadi, saya dan beberapa belas penggiat seni termasuklah pemuzik dan dramatis di sini mengambil inisiatif untuk mengumpul dana sumbangan bagi meringankan b£bannya.

"Saya sendiri akan ke Kuala Lumpur untuk menyerahkan hasil kutipan itu apabila semuanya sudah mencukupi," maklum Yazid yang sudah mengenali Norish sejak awal 1990-an.

Disamping itu, Yazid juga berharap agar orang ramai sudi untuk menghulurkan bantuan kepada sahabatnya itu.

"Saya kenal Norish sejak 1990-an, sebelum dia berhijrah ke Malaysia dan memulakan karier lakonan di sana. Saya kenal keluarga dan juga anak-anaknya.

"Jadi, sebagai sahabat dan kenalan rapat, ujian yang dihadapinya kini turut menyentuh em0si saya serta rakan-rakan lain dalam kumpulan WhatsApp kami.

"Saya berharap agar lebih ramai rakan-rakan penggiat seni di Singapura yang akan turut serta menyumbang bagi membantu Norish serta meringankan b£ban anak-anaknya," katanya.

Terdahulu, keadaan kesihatan Norish dilaporkan krit1kal selepas dimaklumkan anaknya, Manda.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: