"Alhamdulillah kandungan isteri saya sudah empat bulan. Kami memang merancang untuk anak kedua ini sebab nak bagi Medina ada teman bila bermain."
Itulah kongsi pelakon Harris Annuar, 33, di mana dia bakal menimang cahaya mata kedua pada September depan selepas isterinyang yang juga pelakon, Asha Merican sedang hamil empat bulan.
Kehidupan Harris dan isterinya semakin berseri dan bertambah ceria dengan kehadiran 'orang baru' tidak lama lagi, sekaligus bakal menjadi teman kepada anak sulung mereka iaitu Aura Medina.
Klik untuk gambar besar
"Untuk kehamilan kedua ini apa yang saya lihat isteri saya Alhamdulillah baik-baik saja. Cuma selalunya wanita hamil ni 'morning s1ckness', tapi kali ini isteri saya kena 'night s1ckness' pula. Kalau nak cakap fasal al@han ada juga, tapi kena tunggu video saya nanti," ujarnya.
Pada Ahad, Harris telah berkongsi sebuah video di media sosial yang memaparkan detik dia dan isteri menunggu keputusan kit ujian kehamilan.
Melihat pada perkongsian video itu, Harris dan Asha jelas terkejut apabila mendapati keputusan ujian menunjukkan tanda p0sitif.
Untuk makluman, Harris mendirikan rumah tangga dengan Asha pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aura Medina yang kini berusia tiga tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment