"Dulu saya berniaga, saya tak sangka boleh bertahan lama. Saya ingat mungkin satu hari saya akan bankr@p.
"Jadi alternatif adalah beli aset, anak pula ramai dan itu buat saya terfikir untuk beli rumah buat anak-anak setiap satu dengan lokasi berbeza."
Demikian kongsi usahawan kosm£tik, Datuk Seri Aliff Syukri, di mana dia berkata, perjalanannya untuk mencapai kejayaan hari ini bukan sesuatu yang mudah.
Jelas Aliff, dia mula membeli rumah pertamanya seawal usia 19 tahun dan ketika itu dia t@kut memikirkan masa depan, malah dari situ terc£tusnya satu keputusan dia mahu mengumpul aset dalam bentuk rumah.
Klik untuk gambar besar
"Memang setiap anak ada rumah, tapi saya tak pernah letakkan itu untuk mereka," tuturnya yang mahu anak-anak membina kekayaan sendiri kerana sebagai ibu bapa dia dan isteri sudah menyediakan pendidikan, kemudahan asas dan peluang terbaik.
"Tetapi soal harta, saya mahu mereka belajar berdikari. Kami dah bagi pelajaran, pendidikan, apa yang patut. Bila besar, saya nak mereka pandai cari harta sendiri.
"Pun begitu kami tetap sediakan kemudahan buat mereka, termasuklah kereta untuk ke kolej misalnya atau sediakan bayaran untuk belajar dan sebagainya.
"Cuma tidaklah ditetapkan mana-mana rumah untuk mana-mana anak," ujarnya yang kini memiliki sekitar 200 buah rumah, di mana hartanahnya terletak di Melaka, Pulau Pinang, Pahang dan Johor termasuk Indonesia serta sebuah unit di London.
"Pada waktu itu, saya beli sekadar tempat untuk didiami. Siapa sangka akhirnya bertukar menajdi rumah sewa. Saya memilih rumah kos rendah terutama apartment, kondo atau teres. Kami jadikan ia sebagai rumah sewa di bawah Aliff Syukri Properties," jelasnya.
Dalam pada itu, Aliff berkata rumah-rumahnya yang dibeli itu merupakan jaminan buat dirinya serta isteri dan persediaan untuk hari tua.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!







No comments:
Post a Comment