"Pastinya saya amat merendah diri apabila mendapat pengiktirafan begini. Sebagai seniman saya tidak pernah rasa cukup untuk berkarya.
"Ini satu perkara asing buat saya.Saya tidak pernah menghadap Sultan, jadi amat berbesar hati mendapat pengiktirafan ini, " kata Pengarah Datuk U-Wei, ketika dihubungi media.
Untuk info, beliau adalah antara 103 yang tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
U-Wei atau nama sebenarnya Zuhir Saari menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk pada majlis yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang.
Majlis penganugerahan itu telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tahniah diucapkan..!
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment