14 April 2026

"BINCANG 'MAN TO MAN', TAK PERLU LIBATKAN ORANG LAIN" - TAM SPIDER HARAP KEM£LUT ANTARA LAN SOLO & KRISTAL DAPAT DISELESAIKAN SECARA BAIK



"Kalau ada tak puas hati, duduk semeja dan cakap elok-elok jangan pendam sampai jadi besar, lagi-lagi bila benda itu keluar di media sosial, ia hanya akan keruhkan keadaan.
"Bincang 'man to man', tak perlu libatkan orang lain, isteri ke apa biar berdua saja tanpa buka cerita di media sosial sebab orang luar tak tahu situasi sebenar."

Itulah kata penyanyi Tam Spider, 53, di mana dia berharap kem£lut antara Lan Solo dan anggota kumpulan Kristal iaitu Rody dapat diselesaikan secara baik demi masa depan muzik mereka.

Tam atau nama sebenarnya, Rustam Mustafah, dalam masa sama juga meminta supaya kedua-dua pihak duduk bersemuka dan berbincang secara matang tanpa melibatkan mana-mana pihak luar.

Bagaimanapun, akui Tam lagi, keputusan untuk berdamai terletak sepenuhnya di tangan Lan dan Rody, namun dia tetap menaruh harapan agar hubungan mereka kembali pulih suatu hari nanti.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: