"Saya tak jangka semua ini. Dalam fikiran saya, orang sudah nampak rekod-rekod tidak baik. Saya t@kut nak buat siaran langsung dan berjumpa orang. Lebih kepada perasaan bahawa orang tidak sukakan saya."
Demikian ujar pelakon Azar Azmi, 37, yang meluahkan rasa terharu sehingga tidak dapat menahan air mata kerana tergamam menerima RM40,000 daripada usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri.
Azar atau nama sebenarnya, Siti Azar Ameerah Azmi, dalam masa sama juga tidak menyangka masih ramai yang memberi sokongan dan sudi membantu ketika dia berdepan kesulitan.
Aliff tampil membantu pelakon itu menjana pendapatan dalam satu sesi siaran langsung di platform TikT0k pada malam Isnin, di mana Azar berjaya mengumpul RM40,000 hasil pembelian pr0duk usahawan berkenaan.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, Azar datang ke kediaman Aliff untuk berbincang urusan tawaran kerja bagi mendapatkan sumber pendapatan.
"Untuk pengetahuan, saya tiada akaun (bank). Semua dah tak ada, mereka sudah 'freeze' (bekukan akaun bank). Lailahaillallah, Subhanallah, apa lagilah," jelasnya.
Menurut pelakon itu lagi, wang yang diperolehnya itu akan digunakan untuk membeli barangan keperluan anak-anaknya, selain membayar hut@ng peribadi.
"Duit ini saya nak beli barangan keperluan untuk anak. Saya segan, tak tahu nak cakap apa dan tidak tahu sudah berapa lama tiada duit. Saya terima apa sahaja tawaran kerja yang Datuk berikan.
"Tetapi, jumlah duit (diterima) ini sebenarnya terlalu banyak. Sejujurnya saya terhut@ng budi. Semua yang Datuk lakukan sudah melebihi dari sepatutnya," tuturnya.
Sementara itu, Aliff memaklumkan, bantuan dihulurkan itu adalah berlandas rasa empati terhadap nasib menyayat hati menimpa Azar yang kes£mpitan hidup ketika ini.
"Saya bantu seorang wanita yang kes£mpitan hidup. Dia (Azar) datang kepada saya, minta kerja sebagai tukang 'packing' barang dengan gaji RM1,700. Tetapi, saya nak bantu dia.
"Rakyat Malaysia pun sayang dia. Ini bukan duit saya, tapi milik rakyat Malaysia," kata Aliff yang turut memberitahu, dia tidak keberatan mengambil Azar menjadi pekerja di syarikatnya.
Sebelum ini, nama Azar kembali menjadi bualan selepas dia dan suami dikaitkan dengan isu pen1puan melibatkan penjualan tanah kurnia selain urusan darjah kebesaran.
Pelakon ini menjalani tempoh r£man selama tiga hari bagi membantu sias@tan sebelum dibebaskan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment