"Alhamdulillah, Tok Mi dan Tok Ayah macam tak percaya, tapi real rupanya. Wanna selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.7 kilogram pada, Subuh Isnin secara pemb£dahan."
Itulah tulis penerbit, Datuk Ayu Puteh yang meluahkan rasa teruja dan syukur apabila proses kelahiran cucu pertamanya dipermudahkan selepas anaknya, pelakon dan penyanyi, Wanna Ali, 29, selamat melahirkan cahaya mata lelaki secara pemb£dahan di sebuah pusat perubatan hari ini.
Ayu yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi media sosial miliknya itu berkata, dia tidak menyangka kini sudah bergelar nenek, selain turut berterima kasih atas semua doa yang diberikan terhadap anak dan cucunya.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Wanna atau nama penuhnya, Nor Syazwana Mohd Ali, mendirikan rumah tangga dengan Khairil Amri pada 9 Februari 2025 selepas tiga bulan bertunang dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment