"Hubungan saya dengan dia (Yusuf Bahrin), saya tak berkawan pun dengan dia. Sejujur-jujurnya bila saya di set, sesiapa saja pasangan saya, saya tak berkawan dekat luar set. Susah untuk saya berkawan dekat luar set.
"Bagi saya set hanyalah set. Saya bukan jenis yang macam nak bina keserasian, nak lepaklah, nak ada nombor telefonlah, tak! Jadi antara saya dan individu itu, memang tak ada apa-apa. Saya tak bercakap dengan dia, saya tak tahu."
Demikian jelas pelakon Alya Iman, 25, di mana dia akhirnya tampil menjelaskan mengenai hubungannya dengan pelakon Yusuf Bahrin selepas namanya dipetik menjadi punca penceraian pasangan selebriti itu.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, akui anak kepada pelakon, Allahyarham Azmil Mustapha ini, segala kec@man dan dakwaan ditulis netizen itu meninggalkan k£san terhadap em0si dan ment@lnya.
"Kita sebagai pelakon pun ada perasaan. Kita ada kesihatan ment@l kita sendiri. Macam saya cakaplah saya sampai tahap r£sah. Rasa tak nak pergi mana-mana acara, saya tak nak tunjuk muka saya pun di media sosial sebab benda-benda yang dah pernah tular dulu, benda yang meng@rut.
"Ia agak men@kutkan dan sudah tentu ia memberi k£san kepada saya," ujarnya yang berkata, sebagai seorang anak seni, dia sangat menghormati status rakan pelakon lain terutamanya mereka yang sudah bergelar suami orang.
Maklumnya lagi, dia mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi sesama mereka bagi mengelakkan sebarang sal@h faham atau fitn@h timbul di kemudian hari.
"Sebelum k£s itu, saya hormat dengan siapa pun saya bekerja. Kalau mereka ada pasangan atau sudah berkahwin, memang saya tetapkan sempadan antara kami.
"Kalau saya nak cakap sesuatu kepada mereka pun, saya akan hubungi pihak pengurusan ataupun saya akan hubungi pembantu peribadi mereka. Itulah cara saya," tuturnya.
Sebelum ini, nama Alya Iman hangat diperkatakan netizen di media sosial selepas timbul dakwaan kononnya dia menjadi pihak ketiga dalam rumah tangga Yusuf Bahrin dan penyanyi Zizi Kirana.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment