15 April 2026

'TAHARA ALIMA' - NAMA PUTERI KETIGA IZARA AISHAH & ADIB KHALID



"Menyambut kelahiran anak perempuan kami, Tahara Alima binti Muhammad Adib. Alhamdulillah, syukur atas anugerah yang tidak ternilai dan satu lagi kebahagiaan dalam keluarga kami.

"Izara dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diberikan. Semoga Allah melindungi, mengurniakan kesihatan yang baik dan menjadikannya dalam kalangan orang-orang yang solehah. Amin."

Itulah tulis suami kepada pelakon Izara Aishah, Muhammad Adib Khalid menerusi media sosial miliknya, di mana dia berkongsi wajah serta nama pilihannya bersama isteri untuk anak perempuan ketiga mereka iaitu Tahara Alima.

Dalam perkongsian itu juga, Adib turut menyifatkan kehadiran puteri ketiganya yang dilahirkan pada 9 April lalu, sebagai satu lagi kebahagiaan dalam keluarga.

Klik untuk gambar besar

Melihat pada video yang dimuat naik, ia telah memaparkan anak sulung pasangan ini, Irisa Alaia memangku adik kecilnya.

"Hi guys, this is my baby sister is here. She is so pretty," katanya dalam perkongsian video itu, di mana ia terus dihujani ucapan tahniah dan doa daripada warga maya.

Untuk makluman, Izara berkahwin dengan anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6; Amara Amina, 3; dan Tahara Alima yang dilahirkan pada 9 April lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: