13 April 2026

TIADA LAGI 'BABY PIAN', KINI BAKAL JADI 'DADDY PIAN' - SUFIAN SUHAIMI BAKAL TIMANG ANAK SULUNG, ISTERI SARAT HAMIL



"Ya, betul. Saya bakal menjadi seorang bapa. Selepas ini jangan panggil saya 'Baby Pian' lagi, panggil saya 'Daddy Pian'. Sekarang dalam 36 ke 37 minggu. Jadi tunggu bila-bila masa sahaja (bersalin). Untuk jantina biarlah rahsia dahulu."

Demikian jelas penyanyi Sufian Suhaimi, 34, di mana dia berkongsi khabar gembira bahawa isterinya iaitu Rania Al Sada kini sedang sarat hamil anak sulung mereka.

Ujar Sufian, dia menyifatkan berita gembira itu sebagai satu fasa baharu dalam hidupnya dan mengakui mereka kini hanya menanti detik kelahiran tersebut.

Disamping itu, Sufian turut berkongsi persiapan menyambut kelahiran, di mana segala kelengkapan bayi sudah disediakan, namun perasaan gemuruh tetap ada memandangkan ini adalah pengalaman pertama mereka bergelar ibu bapa.

Klik untuk gambar besar

Katanya, meskipun sudah menghadiri kelas persediaan ibu bapa, em0si dan ment@lnya tetap berdebar menantikan detik bergelar seorang ayah buat kali pertama.

"Saya rasa dah sedia. Maksud saya, dari segi persediaan barang-barang memang dah siap. Tapi persediaan em0si dan ment@l itu masih lagi berdebar.

"Sebab bila tanya kawan-kawan pun, tak ada yang 100 peratus bersedia bila nak dapat anak pertama. Jadi saya rasa saya pun dalam situasi yang sama. Tapi secara keseluruhan, memang sangat teruja.

"Saya ada pergi kelas antenatal. Kalau di TikT0k pun banyak tip untuk ibu bapa," ujarnya yang meluahkan rasa syukur apabila isterinya tidak mengalami al@han yang t£ruk sepanjang tempoh kehamilan.
Malah kata Sufian lagi, urusan membeli-belah barangan bayi lebih banyak diuruskan oleh isterinya.

"Mestilah isteri yang lebih teruja memilih. Dia 'add to cart', saya yang 'check out'," kata pelantun lagu 'Di Matamu' ini secara berseloroh.

Dalam pada itu, Sufian memuji kekuatan isterinya yang masih aktif melakukan rutin harian termasuk berjalan sejauh tiga kilometer setiap hari bagi memudahkan proses bersalin nanti.
"Alhamdulillah, dia sangat kuat. Tak ada apa-apa yang ekstr£m. Al@han pun ringan saja masa trimester pertama. Mengidam pun tak ada. Biasa saja sebab kami memang suka makan dan 'food hunting'.

"Walaupun dia nampak manja dan lembut, sebenarnya dia kuat. Dia masih aktif, bukan jenis yang tak boleh buat apa-apa. Setiap hari lepas Subuh, kami cuba berjalan sekitar tiga kilometer," tuturnya.

Selain itu, ditanya mengenai nama cahaya mata pula, Sufian memaklumkan, dia sudah mempunyai beberapa senarai cadangan namun belum memutuskannya secara muktamad.

Untuk makluman, Sufian atau nama sebenarnya Muhammad Sufian Mohd. Suhaimi, sah bergelar suami kepada Rania pada 2 Mei tahun lalu dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: