"Kalau saya dengan Dato Seri Vida berbaik kembali, perkara pertama saya mahu buat adalah buang bulu mata dia. Saya tengok macam tiga inci juga masa di rumah Dato’ Seri Aliff Syukri hari tu."
Demikian ujar usahawan sens@si, Iqbal Zulkefli, di mana katanya, dia mahu membuang bulu mata bekas majikannya, Datuk Seri Vida, seandainya dia dapat kembali berbaik dengan usahawan itu.
Iqbal yang berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Thr£ads, turut berselor0h mengatakan dia melihat bulu mata Vida sepanjang 3 inci ketika menghadiri rumah terbuka Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini.
Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, malah Iqbal juga mahu mengembalikan penampilan Vida sama seperti ketika dia menjadi pembantu peribadinya, di mana tuturnya, ia dilihat lebih minimal namun tetap mewah."Ini pun saya pilih semuanya. Rasanya pakaian ringkas begini sesekali pun cukup mewah dan nampak lebih bagus kan? Make up juga menimal. Jarang nampak Dato Seri Vida tanpa bulu mata panjang kan?" tulisnya. ________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment