21 April 2026

PERTAMA KALI KENA S£RANGAN JANTUNG - DATUK NASH KONGSI DETIK C£MAS, SIAP TANDA TANGAN BORANG UNTUK APA-APA RIS1KO, TANGGUNGJAWAB SENDIRI



Penyanyi Datuk Nash, 67, yang kini dibenarkan keluar hospital hari ini, telah berkongsi detik c£mas kejadian awal dia kena s£rangan jantung sehingga perlu menjalani rawatan bagi memasukkan satu 'st£nt' untuk membuka arteri koronari yang tersumbat semalam. 
Kongsi Nash atau nama sebenarnya,Nashrudin Elias, dia sudah mula merasai 'sesuatu' di bahagian dada sebelah kiri pada 17 April lalu, namun mengabaikannya.

"Esoknya (18 April) saya rasa macam boleh tahan lagilah, tak adalah macam t£ruk sangat. Kemudian saya ada majlis di Jerantut, Pahang dan selepas itu saya terus pergi Melaka sebab pada 19 April ada program pada sebelah siang.

"Tetamu kehormatnya (Yang Dipertua Negeri Melaka) Tun Dr Mohd Ali Rustam dan isteri. Saya sampai awal dan rasa okaylah sebab awalkan satu hari.

"Tiba masanya, saya rasa mencucvk-cucvk dekat dada sebelah kiri itu, saya pun pergilah ke Mahkota Medical Centre. Doktor beritahu mas@lah berkaitan bacaan ECG," katanya.

Dalam pada itu, tambah penyanyi lagu 'Pada Syurga Di Wajahmu' ini lagi, doktor tidak membenarkan dia membuat persembahan dan memintanya terus mendapatkan rawatan lanjut atau ditah@n di hospital itu.

"Saya kata tak adalah s£rius sangat', saya cakap gitu. Dia kata 'no, mana boleh tak s£rius? This is s£rious!' Dia macam bertanggungjawab, saya sangat terhut@ng budi juga.

"Tapi oleh kerana komitmen saya di situ, saya pun tak cakap pada sesiapa termasuk dengan orang dekat majlis itu. Saya datang saya 'perform' (buat persembahan) macam biasa.

"Tapi sebelum itu doktor kata kalau saya nak pergi juga, saya harus tanda tangan borang untuk apa-apa ris1ko, tanggungjawab sendiri. Jadi saya pun okaylah," ujarnya.

Difahamkan, Nash terbabit dengan persembahan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pula pada malam hari sama dan semuanya berjalan tanpa mas@lah.

"Semasa tengah mahu kemas barang di rumah semalam, saya rasa benda (s@kit pada dada) itu makin berat dan sepatutnya ada rawatan susulan di Hospital Serdang, hari ini. Tapi semalam sudah rasa sesuatu, teruslah datang ke hospital.

"Doktor buat angi0gram dan memang ada satu 'bl0ckage' sudah capai 80 ke 90 peratus lalu terus melakukan pemb£dahan memasukkan st£nt. Sebelum ini saya tak pernah 'check' apa-apa pun, ini pertama kali kena.

"Alhamdulillah, saya rasa sudah pulih, sudah stabil," jelasnya yang mengucapkan terima kasih kepada pasukan doktor yang merawatnya, semua peminat yang mendoakannya termasuk dari Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia, selain di media sosial.

"Anak-anak dan doktor suruh saya berehat dalam seminggu dua ini, Insya-Allah. Untuk masa terdekat, saya terbabit di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 24 April ini.

"Sebagai Pengerusi untuk Hari Malaysia JPJ 80 tahun, Insya-Allah saya tak ada mas@lah untuk hadir kerana hanya bertindak sebagai juri," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: