20 April 2026

AZAR AZMI TERGAMAM DATUK VIDA BELIKAN IPHONE 17 PRO MAX : "SEMOGA AZAR BOLEH MELANGKAH LEBIH JAUH, LEBIH HEBAT & BERJAYA DENGAN ADANYA TELEFON PEMBUKA REZEKI..."



"Kenapa saya nak belikan telefon untuk dia (Azar)? Sebab masa 'live' dengan saya, saya tengok telefon dia retak seribu dah. 

"Telefon yang dia pakai pun pinjam je. Saya pun terus nak hadiahkan telefon telefon baru."

Itulah jelas usahawan sens@si, Datuk Seri Vida menghadiahkan Azar Azmi sebuah iPhone 17 Pro Max berserta 'casing' mahal selepas melihat telefon digunakan pelakon itu retak teruk.

Vida menerusi perkongsian di Tikt0k, berkata, dia mahu membelikan telefon untuk Azar berikutan telefon yang dipinjam pelakon itu sudah retak.

Sementara itu, Vida berkata dia berpakat dengan pengurus pelakon itu tanpa pengetahuan Azar untuk membelikan telefon baru. Saya siap pilihkan 'case' yang mahal.

Klik untuk gambar besar

"Saya pilih iPhone 17 Pro Max 512GB supaya senang untuk dia buat kerja. Saya pilih apa yang saya suka untuk bagi dekat Azar.

Melihat pada video yang dikongsikan, Azar kelihatan terkejut apabila Vida memaklumkan, telefon dibeli itu adalah untuknya.

Vida dalam masa sama juga.berharap, hadiah tersebut dapat membantu Azar terus maju dalam kerjaya khususnya dalam bidang digital.

"Semoga Azar boleh melangkah lebih jauh, lebih hebat dan berjaya dengan adanya telefon pembuka rezeki yang membantu dia mencari rezeki dalam bidang online," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: