"Kita akan teruskan juga (IVF), tapi saya rancang selepas ulang tahun Tiara, selepas tarikh tu saya kena rehat yang secukupnya atau kualiti.
"Kalau dah buat rawatan tu saya tidak boleh banyak bergerak atau terh£ntak jadi memang kena betul-betul jaga. Insya-Allah bulan lima ini kita mula."
Demikian kata pelawak Achey, di mana maklumnya, dia dan isterinya, Anne bakal meneruskan rawatan pers£nyawaan in-vitr0 (IVF) sekitar bulan Mei ini.
Klik untuk gambar besar
Kongsi Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, rawatan itu akan bermula selepas sambutan hari lahir anak mereka, Nur Tiara Zinnirah yang jatuh pada 15 Mei depan.Dalam pada itu, Achey berkata, dia dan isterinya kini lebih bersedia dari segi menta@l dan fizikal untuk melalui proses tersebut, selain sudah mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan serta pakar bagi memilih pusat rawatan yang sesuai. Jelasnya lagi, kedua-dua mereka kini memberi fokus terhadap persediaan kesihatan termasuk pengambilan supl£men yang disarankan doktor.
"IVF bukan hanya pada perempuan, lelaki pun kena jaga. Saya pun kena ubah gaya hidup termasuk kurangkan perkara yang boleh j£jaskan kesuburan," tuturnya.
Difahamkan, pasangan itu memilih melakukan di pusat rawatan sekitar Kuala Lumpur kali ini bagi memudahkan urusan serta menjimatkan kos berbanding sebelum ini yang dilakukan di Johor Bahru.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment