"Alhamdulillah, bertambah lagi puteri dalam keluarga kami," itulah tulis penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dimana beliau berkongsi berita gembira pelakon Izara Aishah, 34, selamat melahirkan cahaya mata ketiga.
Siti yang juga merupakan ibu mentua kepada Izara itu menulis ucapan tersebut menerusi media sosial miliknya pada Khamis, namun penyanyi lagu 'Beraya Dengan Saya' itu bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci butiran bayi yang baru dilahirkan itu.
Pada 1 Februari lalu, jenama fesyen yang bekerjasama dengan Izara atau nama penuhnya, Izara Aishah Hisham, untuk koleksi Hari Raya mengumumkan berita kehamilan pelakon itu.
Untuk makluman, Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017 dan kini mereka sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2 tahun dan yang baru dilahirkan.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment