"Masya-Allah TabarakAllah. Amanah terindah daripada Allah SWT telah tiba. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai ini. Semoga membesar di bawah lindungan dan rahmat-Mu sentiasa, wahai anakku."
Demikian tulis suami kepada penyanyi Indah Ruhaila iaitu Ahmad Shariff Ahmad Taufiq, di mana dia berkongsi berita gembira isterinya telah pun selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Sabtu.
Perkhabaran itu dikongsikan pasangan ini menerusi hantaran di akaun media sosial milik mereka masing-masing.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian gambar itu memaparkan momen Indah sedang tersenyum sambil memandang suaminya bersama bayi yang baru dilahirkan.
Meninjau ke ruangan komen, ia telah dihujani dengan kata-kata tahniah daripada rakan selebriti dan juga pengikut media sosial.
Untuk makluman, Indah yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia 2013 (AF2013) itu mendirikan rumah tangga bersama Taufiq pada 24 Disember 2017.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment