"Tiba-tiba kita macam meriah nak raya, nak pergi kunjung-mengunjung rumah saudara-mara dan rumah apa yang baru. Jadi, meriahlah.
"Kemeriahan yang saya rasa sebab kami baru berumah tangga dan dapat pula empat orang sekali berkumpul. Sebab masing-masing pun ikut 'rotation' (giliran). Jadi julung-julung kalilah dapat merasakan. Saya rasa meriahlah."
Demikian ujar penyanyi dan pelakon, Erra Fazira, 52, di mana dia menganggap sambutan Aidilfitri kali ini sangat meriah bersama suami, Ezwan Zain selepas sekian lama melaluinya sendirian.
Kata Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, dia keluar daripada rutin yang biasa dilaluinya saban tahun dan kerana itu sambutan Hari Raya kali ini agak berlainan.
Kongsi primadona itu lagi, sebelum anak-anak balik pada Syawal kedua, dia menggunakan kesempatan 1 Syawal untuk meraikan Aidilfitri di Shah Alam dan Gombak bersama mereka.
"Memang raya pertama kita pulun sebab anak ada dengan kami hari itu sahaja. Raya kedua anak dah balik. Jadi memang kita pulun daripada pagi sampai tengah malam," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
"Momen nak bersalaman. Jadi hanya kami sahaja dalam rumah itu iaitu kami dan dua anak. Jadi kami bermaaf-maafan. Sayalah dulu yang mengetuai permohonan maaf.
"Saya tak tahu, mungkin belum banyak d0sa, belum melamp@u-lamp@u lagi kan. Tapi rasalah perasaan itu lain nak bersalaman dengan suami dan dia pun seorang yang lemah lembut kan.
"Jadi dia pun ada 'feel' (jiwa). Kadang-kadang kita nak minta maaf ini pun macam tengok juga 'partner' (pasangan) kan. Tengok partner kita 'feel' lebih pula, jadi kita pun ada 'feel' lah.
"Masa itu pula dengan anak-anak, adalah terharu sikit rasa. Benda yang kita rasa, kita ingat kita takkan nikmati lagi momen itu, tapi tiba-tiba ada kat depan mata, kita hargailah," kongsi pelakon filem 'Sembilu' itu.
Sementara itu, Erra berkata, dia dan suaminya sudah sepakat untuk tidak berkongsi sebarang perkara neg@tif melibatkan urusan rumah tangga mereka di media sosial.
Tambahnya, demi menjaga keharmonian perkahwinan mereka, dia lebih selesa mengekalkan privasi terutamanya jika berlaku sebarang sal@h faham atau pers£lisihan kecil.
"Saya sebenarnya sebelum berumah tangga sudah bincang benda ini. Saya tak suka kongsi banyak dengan orang terutama benda neg@tif seperti sal@h faham atau apa-apa.
"Tetapi kalau beri inspirasi, yang melihat rasa bahagia atau sebagainya, itu okay. Itu adalah 'deal' kita di awal lagi. Saya rasa dia juga seperti saya.
"Kalau ada k£cil hati, s£ntap ke, saya tidak beritahu sosial media. Jadi kami ada kesepakatan itu," jelasnya yang lebih gemar menyimpan sendiri fasa suk@r dalam hidupnya daripada menjadikan ia sebagai tatapan umum.
"Saya belajar untuk tidak kongsi benda yang tak seronok dekat orang. Media sosial sekarang ini pun banyak cerita yang neg@tif, jadi kita keluarkan yang best sahaja. Yang tak 'best' tanggung sendiri," ujarnya.
Untuk makluman, Erra dan Ezwan selamat bernikah pada 12 Disember 2025 di Rinjani Majestic, Subang, Selangor.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment