24 April 2026

TAK LETAK HARAPAN BESAR BERGELAR JUARA TTMM2 - ANAK A. AIDA & AMENG, AZEVA NATASSHA MAHU KAWAN-KAWANNYA YANG LEBIH MEMERLUKAN MENANG



"Itu pun saya sudah bersyukur, Alhamdulillah.Saya nak kawan-kawan saya dapat top three, saya dapat nombor lima pun okay asalkan dapat pergi final. 

"Sebab saya tahu mereka lebih memerlukan berbanding saya. Saya gembira jika jadi juara, tapi saya tahu kawan-kawan saya lagi memerlukan.

"Jadi kalau boleh, saya nak kawan-kawan saya yang jadi juara. Dapat masuk final pun saya sudah bersyukur, Alhamdulillah."

Klik untuk gambar besar

Itulah kata anak kepada penerbit terkenal, Datuk A. Aida dan penyanyi Ameng Spring iaitu Azeva Natassha, di mana dia tidak meletakkan harapan besar untuk bergelar juara Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Azeva menerusi sesi siaran langsung itu sebaliknya mahu rakan-rakannya berada di kedudukan tiga teratas serta bersyukur seandainya sampai ke peringkat akhir TTMM2. 
Dalam masa sama, Azeva juga berpendapat rakan-rakan yang lain lebih memerlukan kemenangan tersebut berbanding dirinya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji anak A Aida hasil perkahwinan dengan penyanyi Ameng Spring, sebelum merek bercerai memahami kesusahan orang lain. 
________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: