04 May 2026

AL FATIHAH - JALIL HAMID KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Ya betul, ayah saya sudah meninggal dunia. Ibu masuk ke bilik untuk tengok ayah dan didapati dia sudah tiada." 

"Kami sedar pada pukul 12.30. Dia dah solat subuh dan nak rehat," itulah kongsi anak kepada pelakon dan penyanyi, Jalil Hamid iaitu Afiqah Jalil yang berkongsi berita pemergian bapanya itu.

Jelas Afiqah, bapanya yang berumur 69 tahun itu disahkan menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada pukul 12.30 tengahari, Isnin.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Atiqah turut memaklumkan, bapanya itu sedang berg£lut dengan mas@lah jantung b£ngkak.

"Ayah saya memang ada mas@lah jantung b£ngkak," tuturnya. 
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Al Munawwarah, Shah Alam dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21 selepas solat Asar.

"Kami sekeluarga mohon semua mendoakan urusan ayah dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," maklumnya.

Sebelum ini, Jalil yang popular menerusi lagu 'Ayam' itu dilaporkan mengalami penurunan berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram (kg) selepas mengalami mas@lah kesihatan jantung dan hilang selera makan. 
________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: