04 May 2026

TETAP BANGGA ALTHEA TERSINGKIR TTMM2 - NANA MAHAZAN AKUI TAK RAL4T : "MUNGKIN INI BUKAN TEMPAT UNTUK ORANG TERIMA KELAINAN..."



"Alhamdulillah, saya tidak berasa ral@t pun. Saya lebih bersedih kepada Althea sebab rasanya setiap minggu dia berikan yang terbaik. 

"Mungkin ini bukan tempat untuk orang menerima kelainan macam apa yang dia cuba bawakan. Dia tersingkir ini pun saya sangat berbangga dengan dia.

"Minggu ini dia buat lebih baik daripada sebelumnya. Dia punya keyakinan, persiapan semua bagus. Biasalah, adat pertandingan, ada kalah dan ada menang. Jadi, kita terimalah."

Demikian ujar penyanyi Nana Mahazan, 43, di mana dia sama sekali tidak berasa ral@t menerima keputusan juri itu apabila menjadi anaknya, Althea sebagai peserta pertama yang tersingkir dalam program nyanyian Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Meskipun begitu, Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Mahazan, tetap berasa bangga dengan anaknya yang menunjukkan perkembangan p0sitif setiap minggu.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Nana menafikan pilihan lagu 'Halaman Cinta' yang dianggap sebagai 'badi' merupakan punca penyingkiran Althea pada minggu ini.

"Saya rasa dia telah pun menebus sebab persembahan dia jauh lebih baik daripada saya. Nak kata dia tembus semula tu, ya memang sudah.

"Cumanya mungkin bukan kepada juri. Mungkin mereka rasa ada kekurangan dalam persembahan dia. Tapi secara peribadi, Althea sudah buat yang terbaik.

"Saya juga tidak ralat dengan pemilihan lagu tersebut sebab memang mengikut tema. Sebab lagu ini memang membawa kenangan kepada saya," katanya. 
Sementara itu, Althea mengakui, dia berasa sedih dan tidak menyangka menjadi peserta pertama yang tersingkir.

Althea bagaimanapun berkata, perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dan kembali membuat persembahan di pentas yang besar.

"Saya rasa lebih kepada tidak mahu pergi ke sekolah sebab sekarang ini sangat memenatkan.

"Saya rasa sedih dan kec£wa sebab terlalu awal tersingkir dan saya tidak terfikir tentangnya. Saya ingatkan akan tersingkir pada minggu keempat.

"Dengan penyingkiran itu, saya tidak lagi boleh buat persembahan atas pentas besar. Tapi ini bukan yang terakhir buat saya. Saya masih lagi mahu buat persembahan di atas pentas," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: