22 May 2026

DIBERI HAK MELAWAT & BERMALAM BERSAMA ANAK - ADAM SHAHZ LUAH RASA SYUKUR : "AKHIRNYA SAYA DAPAT MENUNTUT HAK SAYA SEBAGAI AYAH"



"Alhamdulillah, dengan izinNYa. Setelah beberapa tahun turun naik (mahkamah), akhirnya saya dapat menuntut hak saya sebagai ayah. Hak melawat dan bermalam."

Itulah tulis pelakon Adam Shahz menerusi media sosial miliknya, di mana dia meluahkan rasa syukur hak hadanah membabitkan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia sudah pun selesai.

Dalam pada itu, kata Adam lagi, dia terima keputusan itu dengan hati terbuka, meskipun pindaan penjagaan penuh tidak dipersetujui.

Klik untuk gambar besar

"Walaupun pada mulanya saya kemukakan pindaan untuk memberi sepenuhnya hak jagaan anak tidak dipersetujui pihak defender. Terima kasih Allah," ujarnya.

Adam atau nama sebenarnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani, menerusi hantaran lain pula, dia turut menitipkan doa buat anaknya itu. " 'Di dalam hati anak dperempuan yang lembut, terdapat keberanian seorang pejuang.'
"Semoga sentiasa dalam jagaanNYA, dikasihi Allah swt, dikurniakan kesihatan yang sempurna. Dilimpahi nikmat dan rahmatNYA. Aamiin..," tuturnya.

Semalam, bekas isteri Adam iaitu pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur mendapat hak penjagaan penuh bagi anak perempuannya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: