"Saya tidak berasa s£rik dengan hari-hari yang telah berlalu. Saya percaya setiap kejadian telah diaturkan oleh Allah sebagai proses untuk saya belajar menjadi individu dan ibu yang lebih baik. Saya mengambil segala-galanya dari sudut p0sitif.
Apa yang berlaku pada masa lalu adalah sebahagian daripada perjalanan hidup saya, manakala apa yang berlaku di hadapan adalah proses untuk saya teruskan kehidupan."
Demikian kata penyanyi Adira Suhaimi, di mana dia tidak s£rik untuk mencipta bahagia meskipun berdepan kegagalan rumah tangga sebelum ini.
Ujar Adira, dia melihat apa yang berlaku telah diaturkan Allah untuk menjadikan dirinya insan lebih baik.
Tambahnya lagi, pengalaman dilalui juga menjadikan dirinya lebih kuat dan sebagai ibu, dia tidak boleh menunjukkan dirinya lemah kerana em0si anak-anak perlu diberi perhatian.
Klik untuk gambar besar
"Saya tidak mempunyai pilihan selain menjadi kuat demi em0si dan ment@l anak-anak. Saya percaya wujud ikatan em0si antara ibu dan anak; jika saya lemah, anak-anak juga akan terkesan."Oleh itu, saya harus sentiasa p0sitif dan kuat demi menguruskan keluarga. Pengalaman ini akhirnya menjadikan saya seorang yang benar-benar kuat," tuturnya.
Sebagai wanita biasa, akui Adira, sudah tentu dia mahukan kasih sayang dan perlindungan daripada seorang lelaki yang boleh membimbing dirinya dalam masa sama memberi sokongan kepadanya.
Dalam pada itu, jelas ibu kepada empat cahaya mata ini, dia tidak pernah meletakkan kemewahan sebagai syarat utama dalam memilih pasangan hidup sebaliknya lelaki bergelar pemimpin. "Sebagai wanita, saya juga teringin untuk berasa dilindungi dan disayangi. Namun, kerana sudah terbiasa berdikari, rasa selamat dan dilindungi itu dianggap sebagai satu bonus.
"Apa yang lebih penting bagi saya sekarang adalah seorang pemimpin yang boleh membimbing dan menegur saya sekiranya saya tersasar.
"Saya memerlukan sistem sokongan yang matang dan mampu membuat keputusan, memandangkan selama ini saya telah terbiasa membuat keputusan sendiri untuk diri dan anak-anak.
"Saya tidak memerlukan lelaki yang kaya raya kerana harta boleh dicari bersama. Yang penting, dia mestilah seorang pemimpin yang baik dan boleh menerima latar belakang saya serta keempat-empat anak saya," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment