Semua maklum mengenai kejayaan filem 'Michael' yang merupakan naskhah biopik penghibur ternama dunia, mendiang Michael Jackson, di mana ia mendapat sambutan hangat sehingga tular di media sosial.
Berhubung kejayaan itu, ramai yang mencadangkan penerbit tanah air menghasilkan karya biopik penghibur tanah air untuk penyanyi legenda, Allahyarham Sudirman.
Selain arwah Sudirman, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyanyi Anita Sarawak juga tersenarai.
Klik untuk gambar besar
Bukan mahu meniru gaya 'Michael Jackson', namun rata-rata berpendapat, perjalanan hidup Sudirman sangat menarik untuk dipersembahkan di layar lebar.Bukan itu sahaja, ramai juga menyusulkan cadangan watak Sudirman dipegang pelakon Que Haidar kerana dikatakan mempunyai wajah yang seiras. "Que Haidar adalah orang yang tepat untuk pegang watak Sudirman. Tolong realisasikan.
"Selain Que, Amir Masdi pun sesuai kalau nak jadi Sudirman, pakej boleh menyanyi," antara kata-kata netizen. ________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!










No comments:
Post a Comment